Thursday, August 20, 2009

Cara menempah photobook

5 langkah mudah untuk menempah photobook di KedaiGambarKami:


Langkah 1
Anda memilih pakej photobook yang disukai dan hantar email kepada kami untuk tempahan.

Langkah 2
Kami akan menghantar email beserta no akaun Maybank untuk urusan pembayaran ( full payment) dan alamat untuk anda poskan CD/DVD gambar.

Langkah 3
Anda menghantarkan CD/ DVD mengandungi gambar -gambar pilihan anda(minimum 36 keping gambar, maksimum 100 keping gambar bersaiz 1.5MB -2MB ke atas, kerana gambar bersaiz kecil menyebabkan gambar kabur/pecah bila dicetak)

Langkah 4
Kami akan menyiapkan photobook anda bermula dari tarikh CD/DVD gambar diterima, iaitu dalam tempoh 10 - 14 hari bekerja. Kami akan email draft kerja photobook atas permintaan.Anda dibenarkan membuat komen atau perubahan sebanyak 2 kali sahaja.Sekiranya masih ada komen atau perubahan yang ingin dilakukan selepas dua kali editing dilakukan, satu page akan dikenakan caj sebanyak RM3.

Langkah 5
Photobook akan diposkan kepada anda apabila siap!(CD/DVD gambar akan dipulangkan semula bersama - sama dengan photobook anda).

Mudah je kan? Jom tempah photobook sekarang!

No comments:

Post a Comment